Majlis sokongan untuk Pastor Koh, Amri di Dataran Merdeka

24th Jun 2018


KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 orang berkumpul di Dataran Merdeka malam tadi sebagai tanda sokongan kepada keluarga aktivis Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat yang hilang sehingga kini.

Susanna Liew dan Norhayati Ariffin , isteri Koh dan Amri berdiri berpegangan tangan sewaktu mereka merayu suami masing-masing dikembalikan.

“Kembalikan suami kami,” kata mereka sambil berdiri di satu sudut dataran bersejarah itu. “Kembalikan ayah anak-anak kami,” kata Norhayati.

Liew mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan mengulangi rayuannya bagi mendapatkan apa-apa maklumat mengenai penculikan misteri suaminya secara terang-terangan awal tahun lepas.

Penculikan Koh pada 13 Februari tahun lepas di Petaling Raya dirakam kamera litar tertutup menunjukkan beberapa lelaki bertopeng menggunakan kenderaan SUV berwarna hitam menghalang kereta beliau. Beliau tidak ditemui selepas itu.

Amri, pengasas bersama sebuah NGO yang dinamakan Perlis Hope didapati hilang sejak 24 November 2016. Isteri beliau sebelum ini dilaporkan berkata 5 kenderaan menghalang kereta suaminya sebelum beliau diculik 500 meter dari rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis.

Inkuiri berkaitan kehilangan mereka berdua yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) diberitahu tentang percubaan menutup mulut Amri kerana menganut mazhab Syiah, aliran yang tidak digemari oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Saksi memberitahu tetang peranan pegawai kanan polis, Awaluddin Jalid dan menamakan beliau sebagai suspek dalam kes kehilangan Amri.

Inkuiri juga mendengar tentang dakwaan peranan Koh dalam kegiatan mengkristiankan orang Islam, dakwaan yang dinafikan oleh Liew

Dalam ucapanya, Liew berkata beliau tidak mendenr apa-apa berita mengenai suaminya hingga sekarang.

“Kami semakin hilang sabar dan kami rasai keperluan mendesak mengetahui tentang mereka,” katanya.

Majlis malam tadi berakhir dengan bacaan doa, dan peserta menyanyikan lagu “Sejahtera Malaysia”.

Turut hadir ialah Thomas Fann, jurucakap Kumpulan Tidakan Rakyat tentang Kehilangan Paksa (CAGE), sebuah kumpulan yang ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan mereka.

“Saya tidak kata semua (anggota polis) tidak baik. Terdapat ramai lagi yang baik-baik dan kami bersyukur kepada Tuhan kerana keberadaan mereka, tetapi terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa dan menyebabkan pasukan itu mendapat nama butuk,” katanya.

Artikel dari Free Malaysia Today berada di bawah

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/24/majlis-sokongan-untuk-pastor-koh-amri-di-dataran-merdeka/